widgeo.net

Saturday, 19 January 2019

“Kalau nak cerita setiap kebaikan dan kemuliaan hati hang, tak akan pernah habis” – Sahabat Ustazah Nur Farhana


KECOH apabila Ustazah Nur Farhana Ibrahim dilaporkan hilang sejak Isnin lalu selepas tidak pulang ke rumah di  Langgar, Kedah pada petang Isnin seperti kebiasaan.

Dilaporkan, ustazah itu dipercayai mengalami kemurungan berikutan terpaksa berulang alik setiap hari dari Alor Senibong di Langgar, Alor Setar ke Balik Pulau, Pulau Pinang untuk mengajar di Sekolah Kebangsaan Genting.

Jarak sehala dari Langgar ke Balik Pulau kira-kira 100 kilometer dan difahamkan ustazah itu sudah banyak kali memohon untuk berpindah ke Kedah supaya lebih dekat dengan keluarganya.

Sejak hari pertama kehilangannya, malah selepas ustazah berusia 27 itu dijumpai semula di Kuala Kangsar, pelbagai kritikan dan tohmahan dilemparkan terhadap Nur Farhana.